Thursday 11 April 2013

Resepi Soto Ayam Sedap

RESEPI SOTO AYAM SEDAP

Pengenalan

Resepi Soto Ayam sedap juga dinamakan sebagai sroto atau coto dan merupakan sejenis makanan khas Indonesia yang dibuat daripada bebola daging dan sayuran. Daging yang paling sering digunakan adalah sapi dan ayam. Daging yang tidak biasa digunakan adalah kerbau, babi, kambing dan organ dalam perut haiwan seperti hati, paru-paru, usus, dan perut. Babi itu merupakan salah satu makanan tradisional khas untuk Bali di Indonesia.

Pelbagai daerah di Indonesia juga memiliki jenis soto yang berbeza dan mengikut citarasa masing-masing dengan kandungan yang berlainan. Pelbagai jenis soto amat terkenal di Indonesia, iaitu termasuk soto Kediri, soto Madura, soto Betawi, soto Padang, soto Bandung, soto Sokaraja, soto Banjar, soto Medan, coto Makassar dan lain-lain.

Tambahan pula, soto juga dikenali menurut kandungannya yang berlainan, misalnya soto ayam, soto babat, soto kambing dan berbagai-bagai nama yang lain. Soto sentiasa dikelirukan oleh orang ramai dengan sup sebab soto memiliki banyak kemiripan dengan sup. Soto juga dapat dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk-pauk seperti keropok, berkedel, emping melinjo, sambal, sos kacang dan lain-lain. Selain daripada itu, soto juga boleh dihidangkan dengan tambahan lain, seperti sate telur pindang, sate kerang, jeruk limau, koya (campuran tumpukan keropok dengan bawang putih) dan lain-lain.

Pelbagai jenis soto telah disambut hangat di kalangan masyarakat melayu di Malaysia dan antara itu soto ayam adalah satu hidangan yang paling terkenal. Soto merupakan sesuatu sup berempah yang direbus bersama rangka-rangka ayam untuk beberapa jam sehingga mendapat kuah yang pekat. Soto ayam biasanya dimakan bersama nasi impit, ketupat, mi kuning atau mi hoon dengan bahan-bahan sampingan. Resepi soto ayam sedap akan ditekankan dan cara masakannya akan diperkenalkan dengan lebih terperinci.


 


Resepi Soto Ayam Sedap
Bahan-Bahan untuk Kuah Soto

1.5 kg rangka ayam, cuci bersih dan toskan
2 batang serai (dititik)
1 inci lengkuas (dititik)
1 pokok daun sup (kerat kasar-kasar)
1 genggam bawang goreng
Air secukupnya (anggaran 5 - 6 liter)
2 camca besar rempah sup
1 1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1.5 inci halia
4 biji buah keras
1/4 inci kunyit hidup
1 camca besar lada hitam biji (dikisar halus)





Bahan-Bahan untuk Tumisan
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih




Bahan-Bahan Sampingan
 Nasi impit (didadu)
Begedel
Taugeh (buang ekor dan celur sekejap)
Cili kicap
Sambal
Soo hoon goreng
Kacang tanah goreng
Daging ayam yang dicarik halus
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur rebus
Kentang rebus atau goreng




Bahan-Bahan untuk Sambal Kicap
15 biji cili padi
6 ulas bawang putih
½ cawan kicap manis
1 biji limau nipis/ 2 biji limau kasturi
3 sudu gula
Kicap lemak masin


Cara-Cara untuk Menyediakan Kuah Soto


1) Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga naik wangi dan garing.

2) Kentang dipotong dan digoreng hingga garing. Setelah garing, tumbukkan atau lenyekkan kentang itu sehingga hancur.

3) Masukkan serai, lengkuas dan bahan kisar halus, tumis sehingga wangi.

4) Campurkan rempah sup dan kurma. Bancuhkan dengan sedikit air. Kacau dengan rata dan masukkan dalam periuk tadi.

5) Tumiskan rempah sehingga sedikit garing.

6) Masukkan rangka ayam, gaul rata dan biarkan kecut sekejap. Tuangkan air ke dalam periuk dengan secukupnya.

7) Masukkan bawang goreng dan daun sup. Kacau dengan rata dan biarkan mendidih.

8) Kecilkan api dan renih sebanyak 1-2 jam.

9) Tambahkan garam secukup rasa.

10) Isikan nasi impit secukupnya dalam mangkuk. Tuangkan kuah soto ke dalam atau dipisahkan dengan mengikut citarasa sendiri.

11) Letakkan begedel dan bahan-bahan lain.

12) Soto boleh dinikmati dengan sambal atau cili kicap.

Tips: Bahagian ayam yang berdaging, direbus sekali dalam kuah soto selama 30 minit, kemudian keluarkan, biarkan sejuk dan dicarik halus. Daging ayam akan lebih sedap dimakan.


 


Cara-Cara untuk Membuat Sambal Kicap

1) Tumbuk 15 biji cili padi sehingga halus.

2) Tambahkan 3 sudu gula secukup rasa ke cili padi.

3) Tumbukan cili padi sekali lagi sehingga hancur.

4) Gorengkan cili padi sehingga pecah kulit.

5) Kemudian gorengkan 6 ulas bawang putih bersama cili.

6) Campurkan ½ cawan kicap manis.

7) Tuangkan kicap lemak masin secukupnya. Kacau dengan rata.

8) Letakkan 1 biji limau nipis atau 2 biji limau kasturi.

9) Akhirnya, sambal kicap telah dihasilkan dan sedia digunakan.


Pada asalnya makanan asasi orang Indonesia adalah nasi, sehingga soto biasanya dihidangkan dengan nasi sebagai menu utama. Namun, masih ada perbezaan dalam hal menu utama nasi tersebut. Kebanyakan soto dihidangkan secara terpisah dengan nasi, seperti Soto Betawi, Soto Padang, dan lain-lain. Namun, soto juga dihidangkan bersama dengan nasi atau soto dicampurkan dalam nasi, misalnya Soto Kudus. Selain itu, soto yang dihidangkan dengan lontong atau nasi yang sudah dimasak dan dibungkus dengan daun pisang, misalnya coto Makassar. Kemudian, ada sesetengah orang juga suka menghidangkan soto dengan menggunakan mi, tetapi bukan nasi sebagai menu dasarnya, misalnya soto Mie Bogor.

Sebenarnya, soto sangat diminati dan digemari oleh seisi keluarga walaupun cara masakan dan pembuatannya mengambil masa yang agak lama dan rumit. Resepi Soto ayam sedap yang dihidangkan dengan nasi atau mi dan tambahan yang berlainan telah menambahkan keenakkan. Ahli sekeluarga biasanya akan menikmati makanan ini dengan rasa kepuasan.



Lihat Juga...


Resepi Roti Jala

Resepi Roti Jala adalah sesuatu resepi makanan yang sangat istimewa dan merupakan makananan kegemaran Orang Melayu di Malaysia.Resepi roti jala turut akan menjadi pilihan pada perayaan istimewa dan biasanya dihidangkan dalam apa jua jamuan, keduri atau majlis penting, samada rasmi atau santai.

http://resepirotijala.blogspot.com/